Tarekat ini melalui dua fasa zaman :
1. Yang pertama, zaman ia belum “dizahirkan” iaitu daripada pengasasnya Imam al-Ghazali (generasi sanad ke-14 daripada Rasulullah SAW) sampailah ke zaman Syeikh Muhammad ‘Ali asy-Syanwani (generasi sanad ke-34).
2. Yang kedua, zaman tarekat ini “dizahirkan” iaitu oleh Syeikh Ahmad ad-Dayurbi al-Ghazali (generasi sanad ke-35) sehinggalah sekarang dan seterusnya ke penamat dunia ini.
Pada zaman “sebelum zahir”, setakat yang diketahui, tarekat ini dibawa ke Nusantara oleh Syyeikh Abdus Somad al-Falimbani (seorang ulama besar yang mengamalkan bahkan mursyid dalam beberapa tarekat sekaligus). Pada zaman “setelah zahir” pula, ia dibawa oleh Syeikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi al-Ghazali (generasi sanad ke-37).
Pada hari ini, setakat yang yang diketahui, yang masih hidup ialah ikhwah pada generasi sanad yang ke-41, 42 dan 43.
*Sebagai menjawab persoalan yang ditanyakan pagi tadi.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
25/3/26